MANFAAT VCO

1) Manfaat Minyak Kelapa Dara Untuk Kecantikkan

  • Rambut Yang Subur, Sihat Dan Mudah Diurus
Selain membantu menyuburkan rambut, minyak kelapa boleh juga merawat kelemumur dan melambatkan uban. Ia juga membantu menghidratkan rambut yang lama dan rosak.

  • Losyen Tangan Dan Badan

Jika anda mempunyai kulit yang kering dan sering mengelupas dan merekah, Minyak Kelapa Dara boleh membantu. Tidak perlu penggunaan yang banyak. Satu sudu sudah cukup untuk seluruh badan.
Minyak ini membantu menguatkan tisu dan struktur kulit menjadikannya lebih sihat dan lembap.

  • Cleansing Oil /Minyak Pembersih Wajah

Syarat pertama untuk mendapat kulit yang sihat ialah dengan membersihkannya dengan cara yang betul. Minyak Kelapa Dara sangat sesuai untuk membersihkan wajah dengan kaedah double cleansing.

Minyak Kelapa Dara mengandungi asid laurik yang anti bakteria, anti fungal dan anti viral`. Ia membersihkan kulit secara mendalam.  Mekap juga mudah ditanggalkan walaupun dari jenis kalis air.

  • Body Scrub / Lulur

Lulur seluruh badan dengan campuran Minyak Kelapa Dara dan Garam Laut. Gosokkan perlahan2 untuk menanggalkan kulit mati. Ia juga berupaya untuk memudarkan parut dan merawat luka2 ringan.

  • Pelembap Wajah / Moisturiser

Ia sesuai untuk semua jenis kulit. Selain dari bebas bahan kimia dan alkohol, Minyak Kelapa Dara juga mempunyai Vitamin A, D, E dan K yang bermanfaat untuk kulit.

  • Merawat Jerawat

Rawatan untuk jerawat ini mungkin ramai yang sangsi. Alasan paling biasa didengar ialah kulit berjerawat kerana sebum yang aktif mengeluarkan minyak. Maka tidak perlulah menambah lagi minyak.

Tapi ramai yang tidak tahu bahawa keadaan kering pada kulitlah yang menyebabkan lebih banyak minyak dihasilkan oleh kelenjar sebum.

Minyak Kelapa Dara mengimbangi minyak pada kulit. Ia menghalang kelenjar sebum menjadi terlalu agresif menghasilkan minyak.

Tambahan pula ia adalah agen anti bakteria. Ia sebenarnya dapat memulihkan jerawat. Vitamin E yang terkandung membantu merawat kesan jerawat yang ditinggalkan.

  • Mendapatkan Alis Mata Menawan

Bulu kening yang lebat tersusun dan bulu mata yang panjang melentik adalah idaman wanita. Kini ia boleh dimiliki secara alami dengan Minyak Kelapa Dara.

Tip: Sebaiknya sediakan satu botol kecil yang khas untuk tujuan ini. Titiskan minyak pada  cotton bud dan oleskan pada bulu kening dan bulu mata setiap malam. Nantikan hasilnya.

  • Melawan Penuaan Pra Matang

Pencemaran, tekanan dan sinaran matahari yang berlebihan membuatkan wajah jadi kusam, pigmentasi dan berkedut.

Minyak Kelapa Dara dibuktikan dapat membantu melawan penuaan pra matang kerana kandungan antioksidannya yang tinggi.

Kajian terbaru juga menemukan keupayaan minyak kelapa untuk melawan sinar UV.

2) Manfaat Minyak Kelapa Dara Untuk Kesihatan

  • Masalah Resdung
Minyak Kelapa Dara mempunyai kebaikan iaitu pembasmi kuman semulajadi. Ia mempunyai lemak tepu aktif yang dikenalpasti bersifat anti virus, anti bakteria, anti fungus dan anti protozoa. Sifat pembasmi kuman ini telah menjadikan Minyak Kelapa Dara satu bahan berkesan untuk menentang penyakit disebabkan oleh kuman seperti Penyakit Resdung

  • Masalah Tiroid
Minyak Kelapa Dara boleh merawat bagi yang menghadapi masalah tiroid, tidak kira sama ada ia mengidap hipertiroidisme atau hipotiroidisme. Minyak Kelapa Dara dapat merangsang fungsi tiroid dan mempunyai pelbagai sifat antiseptik

  • Penyakit Jantung
Ramai beranggapan bahawa Minyak Kelapa Dara tidak baik untuk jantung kerana ia mengandungi sejumlah besar lemak tepu. Sebenarnya, Minyak Kelapa Dara memberi kebaikan untuk jantung, ia kerana Minyak Kelapa Dara mengandungi asid laurik sekitar 50% hingga 70% yang dapat membantu dalam mencegah pelbagai masalah jantung termasuk kadar kolesterol tinggi dan tekanan darah tinggi.

  • Masalah Berat Badan
Minyak Kelapa Dara dapat membantu mengurangkan berat badan kerana ia mengandungi asid lemak rantai sederhana yang membantu mengawal berat badan yang berlebihan.  Minyak Kelapa Dara lebih mudah dicerna dan membantu masalah tiroid dan sistem enzim atau penghadaman.

  • Untuk Pencernaan
Minyak Kelapa Dara membantu dalam proses sistem pencernaan dan dapat membantu mengelakkan masalah didalam sistem pencernaan seperti sindrom kerengsaan usus besar. Lemak tepu dalam Minyak Kelapa Dara memiliki sifat anti mikrob dan membantu dalam menangani pelbagai bakteria, kulat, parasit dan lain-lain yang menyebabkan gangguan didalam sistem pencernaan. Minyak Kelapa Dara juga dapat membantu penyerapan zat-zat lain seperti vitamin, meneral dan asid amino.

  • Masalah Jangkitan
Minyak Kelapa Dara sangat efektif melawan pelbagai jangkitan kerana sifat-sifatnya antikulat, antivirus dan antibakteria. Minyak Kelapa Dara dapat membunuh virus yang menyebabkan influenza, campak, hepatitis, herpes, SARS dan lain-lain juga boleh membunuh bakteria yang menyebabkan sakit telinga, infeksi kerongkong, jangkitan saluran kencing, pneumonia dan gonore. Minyak Kelapa Dara juga berkesan dalam mencegah kulat dan ragi yang menyebabkan candida, jangkitan kulat kronik dan ruam lampin.

  • Mencegah Masalah Hati
Kehadiran trigliserida rantaian sederhana dan asid lemak membantu dalam mencegah penyakit hati kerana zat yang mudah diubah menjadi tenaga  apabila ia sampai ke hati, sehingga dapat mengurangkan bebanan pada hati dan juga mencegah penyimpanan lemak.

  • Kencing Manis atau Diabetes
Membantu Kelapa Dara membantu dalam mengawal kadungan gula dalam darah dan meningkatkan penghasilan insulin. Ini dapat membantu dalam penggunaan glukos didalam darah dengan lebih berkesan, sehingga mencegah dan mengubati masalah kencing manis atau diabetes dan juga migrain.

  • Penjagaan Gigi
Kalsium adalah unsur terpenting dalam gigi. Minyak Kelapa Dara dapat membantu memudahkan penyerapan kalsium oleh tubuh, membantu dalam mendapatkan gigi yang kuat. Minyak Kelapa Dara dapat membantu masalah kerosakan gigi.

3) VCO boleh digantikan dengan :-
  • Mentega
  • Lemak yang tidak sihat semasa membakar
  • Digunakan sebagai krim untuk kopi
  • Topping popcorn
  • Ubat tekak semula jadi
  • Mengantikan minuman sukan
  • Semburan memasak supaya tidak lekat pada kuali






No comments:

Post a Comment